Sejarah

SEJARAH PKG




Berbekalkan sumber tenaga manusia dan peralatan yang minima Pusat Kegiatan Guru  Tunjang atau ringkasnya PKG Tunjang bersandarkan harapan untuk menjadi pemangkin kepada dasar Pendidikan Negara dengan Moto “Teknologi Untuk Pendidikan Bestari” 
Pkg Tunjang menggalas harapan dan amanah tersebut berteraskan “Berkonsep, Objektif, Peranan serta fungsi umum seperti terkandung dalam buku Konsep dan Pengoperasian PKG. 

Fungsi semasa PKG yang digubal setiap tahun pula bertujuan untuk membolehkan PKG keseluruhannya bergerak seiring dengan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pusat Kegiatan Guru Tunjang yang dibina didalam kawasan Sekolah Kebangsaan Tunjang .PKG Tunjang memulakan operasinya dibangunan sendiri pada tahun 2009 ini telah melalui beberapa perubahan pada namanya berdasarkan perkhidmatan yang diberikan.

Antaranya ialah Pusat Sumber Tempatan ( PST ) pada tahun 1978, Pusat Media Daerah (PMD) pada tahun 1981, Pusat Sumber Pendidikan Daerah ( PSPD ) pada tahun 1986.
Pada Januari 1996 Pusat Kegiatan Guru diletakkan dibawah pengurusan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN). Maka dengan ini Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai satu rangkaian yang lengkap.

Ini meletakkan PKG pada kedudkan penting sebagai ejen Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pengumpulan data, khidmat Bantu, penyebaran maklumat dan edaran bahan ke sekolah- sekolah ahli.

No comments:

Post a Comment